Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

26 January, 2012

Panas!! DSAI bijak berkata-kata.

Umno cipta helah untuk elak debat Anwar-Najib? 

Betul ke? Siapa takut siapa sebenarnya. Apa pula yang nak didebatkan oleh Dato Najib dengan Anwar Ibrahim. 

Pada hemat assassin, Dato Najib masih banyak agenda penting selain melayan Anwar Ibrahim pengkhianat Negara, perosak bangsa. 

Baca Sini..

Antara Penerima Bantuan BR1M Batang Kali.


Rata-rata penerima BR1M adalah mereka yang dalam lingkungan umur melebihi separuh abad. Bantuan Rm500.00 walaupun tidak sebanyak mana tetapi, ini pastinya umpama bulan jatuh ke riba bagi semua penerima yang layak.

Takklah seperti Pakatan Rakyat yang hanya pandai cakap saja. Rakyat dah undi, dan inginkan balasan setimpal daripada PR. Sampai sekarang habuk pun tak dak. Beri bantuan kepada rakyat? Jangan mimpi. Menyusahkan rakyat ada.

BR1M ini pastinya satu tamparan hebat kepada PR.

Anwar Will Be the Next Prime Minister, Does Any Bigot Have a Problem With That?


Anwar Will Be the Next Prime Minister, Does Any Bigot Have a Problem With That?
Baca sini untuk artikel penuh. Baca sini..

Wah!!! ayat power dari DSAI.
Memang kami rakyat malaysia ada masalah dengan kenyataan ini.

Harapan Baru Untuk Malaysia? Apa yang kita rakyat Malaysia harapkan daripada pemimpin seperti ini? Tepuk dada tanya diri masing-masing. Adakah kita nak Perdana Menteri kita seorang pemimpin seperti Anwar Ibrahim?

Assassin nak berterus terang, assassin nak tergelak bila terbaca slogan di atas.  
 Harapan Baru Untuk Malaysia.

Puiihhh!!!! Dashyat sangat bunyinya. Negara Malaysia tidak pernah berharap sesuatu daripada Anwar Ibrahim. Pemimpin yang tidak berwawasan, Imej keperibadiannya adalah L***T. 

Sumber: AnwaribrahinBlog

Hentikan segera kempen 'Rasulullah Tokoh Seks suci Islam' - Mashitah



PETALING JAYA - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berharap kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" anjuran Kelab Taat Suami dihentikan segera kerana ia jelas menghina Nabi Muhammad SAW.

Mashitah berkata, terdapat banyak aspek ketokohan lain yang terdapat dalam diri Rasulullah yang boleh diketengahkan berbanding melihat baginda sebagai seorang 'tokoh seks'.

"Kita melihat Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan ikutan yang baik. Banyak lagi aspek yang boleh diketengahkan tentang baginda iaitu sebagai tokoh keluarga, tokoh kepimpinan, panglima perang dan banyak lagi yang hebat-hebat.

"Tiba-tiba kenapa sudut ini (seks) yang menjadi fokus mereka?. Ini satu penghinaan dan kempen ini perlu dihentikan segera," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Mashitah berkata kempen selama 12 hari bermula Rabu (hari ini) itu juga dilihat sebagai menghina sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 5 Februari depan.

Tambahnya, istilah 'Tokoh Seks Suci Islam' adalah tidak wajar, malah tidak sesuai digunakan kerana ianya hanya mengundang reaksi negatif di kalangan masyarakat.

Menurut Mashitah, hubungan seksual suami isteri merupakan satu naluri yang diberikan secara semula jadi. Justeru ia tidak patut mempunyai ikon atau dipelajari secara khusus melalui tokoh tertentu.

"Setiap manusia ada naluri seks, naluri makan, naluri tidur, dan sebagainya yang mana setiap naluri itu ada adabnya.

"Naluri tak perlu belajar. Bayi kecil yang lapar tak perlu diajar untuk menangis, orang buta bila mereka kahwin pun dapat anak tanpa perlu tokoh seks untuk ajar mereka.

"Kita kena faham antara adab dan tokoh. Seks tak perlukan tokoh, tapi perlukan adab dan sopan santun," jelasnya.

Mashitah berkata, terdapat cara lain untuk mengajar atau membasmi gejala tidak sihat dalam rumah tangga, selain mengadakan kempen.

"Boleh dibuat secara tertutup. Kahwin ini bukan soal hubungan seksual semata-mata. Perkahwinan melibatkan kasih-sayang, kemesraan, cara layanan dan banyak perkara lain yang boleh difokuskan," tegasnya.

Mengulas istilah 'Seks Suci' yang disebut-sebut penganjur kempen, beliau berkata istilah tersebut juga tidak wujud dalam Islam.

"Dalam Islam tak ada seks suci, seks tak suci. Yang ada hanyalah seks halal yang dilakukan bersama pasangan dan cara yang halal," ujarnya.

Tambah beliau, kempen itu juga seolah-olah menyokong kempen-kempen negara Barat yang pernah menuduh Nabi Muhammad mempunyai nafsu seks yang kuat kerana pernah berkahwin sebanyak 11 kali.

"Kempen ini menggalakkan untuk orang melihat perkahwinan itu semata-mata untuk seks sahaja. Ramai orang tua yang kahwin, tapi bukan untuk seks, tapi sebagai teman hidup dan tujuan lain," katanya.

Kelab Taat Suami yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana menerbitkan buku panduan seks telah melancarkan Kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam", di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara dekat sini bermula Rabu.

Berdasarkan petikan menerusi laman blog Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju, tujuan kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan cara Rasulullah termasuklah dari segi amalan seks. - Izra Abd Rahman

Sumber : Utara News

Video Pilihan

 
Anwar Ibrahim Harus Bertaubat




 
Janganlah kamu menyembah melainkan Allah


 
Bukti Kukuh kes China Doll


 
 SAH Anwar Ibrahim

 
Skandal Sex Anwar & Norlaila 1997


Bukti Anwar Ibrahin Gay


Hubungan Anwar dengan Shamsidar


Pengakuan Dato Nalakarupan


Pelaku sex ada persamaan dengan Anwar



























Adv

Nuffnang 2