Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

20 January, 2012

Ranking 10 Pemimpin Hangat di Malaysia

Mari kita lihat siapa pemimpin yang lebih disukai rakyat Malaysia.



Peserta Bebas Anuar 901, disogok RM200.

Apa nak jadi?. Kalau dah memang tak ada orang yang nak sokong Nuar Al-Juburi, buat la cara orang tak ada penyokong. Kes terbaru, semua peserta Bebas Anuar 901 dibayar RM200 seorang.

Lihat bukti di bawah. Ingatkan peserta perhimpunan yang hadir, semuanya hadir dengan ikhlas dan sokongan penuh kepada pemimpin kesayangan mereka. Rupanya disogok wang.

Rafizi pencacai Nuar yang sebarkan
Jam 3:19AM, sanggup mereka-mereka ini tak tidur demi pemimpin Gay mereka.

Anuar Ibrahim harus bertaubat.

Saya dah pekak, Saya patut letak jawatan - Nik Aziz



KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong ‘gay’ adalah karut.

Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.

Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.

“Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.

“Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula,” ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.

“Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.

“Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik,” ujarnya lagi.

Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.

Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.

Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.

“Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.
“Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini,” katanya.
Harakahdaily.net

http://youtu.be/oin0x8uXPyA
http://youtu.be/_YZwVJdOjY4

Pemimpin PKR menangis disaman RM100 juta.




KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu Mohd. Rafizi Ramli berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

 Beliau memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui firma peguam Shafee & Co. pada pukul 3 petang.


Shahrizat, yang kini bercuti tiga minggu untuk memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kontroversi NFC menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan dengan NFC atau syarikat-syarikat bersekutu.
Disaman
 Beliau juga menuntut kos perundangan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Dalam pernyataan tuntutannya, Shahrizat menyatakan bahawa pada setiap masa beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam NFC dan kedua-dua defendan mula mengadakan sidang akhbar di pelbagai lokasi untuk memfitnah NFC, suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarga.


Ketua Wanita UMNO itu mendakwa bahawa defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk ‘serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif’ dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau. HM

Hasan Ali : Pas Hilang Tangan, Hilang Kaki.



Dr. Hasan Ali, melabelkan Parti PAS ketika ini sebagai, Kudung tanpa tangan, tanpa kaki dan hanya mampu berguling-guling.

Dr. Hasan Ali

Apa tidaknya, Jawatan bahagian Hal ehwal Agama Islam Negeri Selangor kini yang sebelum ini dipegang oleh wakil PAS telah diserahkan kepercayaan kepada wakil dari PKR. Agak menyedihkan dan simpati kepada PAS Selangor ketika ini.

PAS dilihat seperti tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Malahan, ketika Mursyidul Am PAS, T.G. Nik Aziz ditanya mengenai hal yang berlaku di Selangor. Beliau tak nak masuk campur dengan urusan parti di Selangor.

Ini adalah salah satu dari berjuta contoh bahawa kuasa politik PAS di dalam PR kian malap, dan akan menemui penamatnya.  

Sudah nyata lagi bersuluh, PAS hanya dijadikan kuda tunggangan oleh PKR & DAP di dalam PR.

Adv

Nuffnang 2