![]() |
| Mata Shamsidar tetap pada Skandalnya Anwar |
Agenda Daily - Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah
kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama.
Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya.
Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah.
Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ.
Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah.
Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat
liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama.
Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak
membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama
kes itu.
Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya
skandalnya dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan
nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen".
Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak
menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap.- 22/5/2012 - OLEH
NOOR HASILAH ISMAIL


No comments:
Post a Comment
Nak Komen biar berkaitan dengan topik. Jangan menyalak tak tentu pasal.