MyNewsHub - Ketika gambar Nora Danish dalam gaya seksi dan agak ghairah keluar di sebuah majalah, maka ramai yang terperanjat.
Ada yang cuba berlagak bijak pandai dengan mengatakan ia dihasilkan
dengan teknik pertindihan (super impose) sedangkan majalah itu dijual di
hampir semua kedai buku utama dan dengan jelas meletakan muka Nora
Danish serta temuramah dengan artis itu.
Sejak itu, ramai yang ternanti-nanti penjelasan dari Nora Danish akan mengapa dia sanggup bergambar dalam keadaan begitu.
Setakat ini, dia hanya berdiam diri seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam;
HAMPIR dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah,
akhirnya aktres jelita, Nora Danish selamat tiba di tanah air, 10 Mei
lalu.
Rasanya ramai yang mencari Nora kerana sepanjang pemergiannya di
Tanah Suci, gambar pelakon drama Tentang Dhiya ini beraksi seksi di
sebuah majalah menjadi perbualan hangat.
Penampilan Nora mengejutkan peminatnya kerana biarpun sering tampil
dengan imej seksi, namun Nora kelihatan lebih ‘berani’ dalam majalah
itu.
Zass cuba menghubungi Nora bagi mendapatkan kenyataannya berkenaan
perkara itu tetapi gagal. Mungkin Nora masih mahu berehat selepas pulang
ke tanah air.
Apa pun, sama-samalah kita tunggu Nora memberikan kenyataannya dalam masa terdekat.(Sinar Harian)



mcm org tengah kehausan dan kegersangan :)
ReplyDelete